Sebab Bilik Kelas Menjadi Tempat Tidur Diwaktu Malam.
Ini Pula Di Ruang Luar Sekolah :
Latar Belakang
Tahfiz Al-Quran Darul Tuba telah ditubuh dan diasaskan pada 01 April 1999 bersamaan 13 Zulhijjah 1420H oleh Ustzah. Kasma Mohd Said serta dibantu oleh keluarganya. Beliau telah melanjutkan pengajiannya di Tuba Kiz Kuran Kursu, Istanbul Turki selama setahun setengah.
Sekembalinya ke tanah air, beliau mencadangkan kepada keluarganya untuk menubuhkan sekolah Tahfiz Al-Quran yang berkonsepkan sistem Hafalan Turki, di kediaman orang tuanya. Beliau berhasrat dan bercita-cita untuk melahirkan masyarakat Islam yang cintakan Al-Quran dan pengetahuan Agama Islam yang syumul.
Keistimewaan sekolah ini berbanding dengan sekolah-sekolah tahfiz lain di Malaysia ialah sistem hafalannya menggunakan sistem Turki yang lebih berkesan dan bersistematik.
Setiap Kali Hari Hujan, Pelajar Diluar Tempias & Basah Kuyup
Kami Rasa Terkilan Tak Dapat Beri Keselesaan Terbaik Untuk Murid-Murid Kami.
Keperluan Hijrah Ke Bangunan Sendiri Sangat Mendesak. Kerana Kami Menanti Sejak Tahun 2001
Inilah Halaman Rumah Sekolah Kami
Info Tahfiz
Nama tahfiz : Tahfiz Al-Quran Darul Tuba
Lokasi : No.1660, Jalan Bidara 5, Taman Tangkak Jaya, 84900 Tangkak Johor.
Keluasan Tanah: 2,200 kaki persegi
Jumlah Pelajar Sedia Ada: 80 orang pelajar
Siap Saja Kompleks Kami Nanti, Lengkaplah 7 Prasarana Untuk Manfaat 250 Orang Pelajar Kami
Abu Huraira (RA) meriwayatkan bahawa Rasulullah (ﷺ) bersabda :
“Setiap hari dua malaikat turun dari langit dan salah seorang dari mereka berkata,“Ya Allah! Gantikan (harta) setiap orang yang membelanjakan dalam jalan-Mu.” dan yang lain (malaikat) berkata, “Ya Allah! Hancurkan setiap yang menahan (hartanya)dari sedekah.”
(Riwayat Bukhari & Muslim)
Tonton Liputan Berita TV Al Hijrah
Bayangkan.. Sekolah Anak Tuan Puan Serba Serbi Tak Cukup. Tapi Anak Bersungguh-Sungguh Nak Hafal Quran. Sanggupkah Tuan Puan Musnahkan Impian Anak Ini?
Jom berinfaq untuk pembangunan Kompleks Tahfiz Al-Quran Darul Tuba sekarang!
“Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” (Hadis Riwayat At-Tirmidzi, 614)
“Ya Rasulullah! Apakah amalan yang terbaik?” Baginda menjawab, “Sedekah dalam kesihatan, keberatan kerana takutkan kemiskinan dan mengharapkan kekayaan. Janganlah menunda-nunda sampai saat mendekati kematian dan kemudian mengatakan, “Berikan itu kepada si fulan itu, dan itu kepada si fulan.” Dan itu sudah menjadi milik seperti itu (seperti sudah terlambat).” (Bukhari & Muslim)
“Sesungguhnya sedekah memadamkan kemarahan Tuhan dan melindungi dari kematian yang mengerikan.” (Tirmidzi)
“Allah, Yang Maha Tinggi, berfirman, 'Belanjakanlah (pada kebaikan) wahai anak Adam, akan Aku belanja pula atasmu (ditambahkan).”